Siapa jadi blogger mesti tak lari dari skop amik gambar yer dak..? kecuali kau blogger copy paste dan juga blogger lucah hahahaha
Ok abaikan skop blogger lain.., aku nak cerita hal aku jer....
Gua sebagai blogger mestilah perlukan juga ilmu asas dalam bidang Fotografi.., takkan nak ada ilmu pornografi jer kan..? hihi
***********************************
Korang kenal Adhadi Mohd dak..?? Tak kenal..? kalau tak kenal sama dengan gua gak sebab sebelum ni pun gua tak kenal hahahha
Tapi bagi geng-geng Fotografi maybe kenal dengan Brader Adhadi Mohd ni., sebab dia boleh kata otai dalam bidang Fotografi
Meh gua kongsikan sikit pasal beliau...,
Brader Adhadi ini pernah jadi jurulatih fotografi kepada beberapa agensi antaranya ialah :
-Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
-Unifilm UUM
-Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan CIAST
-CyberSecurity
-Universiti Malaya Center of Continuing Education & Development
-Yayasan Mara
-Jabatan Laut, Klang
-Universiti Tun Hussein Onn, Johor
***********************************
Baru baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari ada mengadakan Bengkel Fotografi di Agrofarm Melaka.., so berdasarkan pengalaman yang ada pada Adhadi Mohd.., Pihak Kelab Blogger Ben Ashaari menjemput En Adhadi Mohd sebagai tenaga pengajar.
Dalam bengkel ini seramai 30 orang blogger hebat dari seluruh Malaysia yang join..., so termasuk gua la blogger hebat tu hahahaha
Pada permulaan kelas.., gua yang tak kenal En Adhadi ni.., secara peribadi rasa macam kurang yakin dengan ilmu yang beliau ada..
Tapi baru 10 minit kelas..., dia ada tanya
" apa itu gambar"
Dalam hati gua nak je merepek tanya dia "gambar blue ke en hadi..." hahaahah, tapi tak tercakap la sebab gua dah matang..hihi
Bila dia tanya ramai la jawap
" gambar tu gambar la en hadi"
"gambar tu lukisan"
"gambar tu photo en hadi"
"gambar tu terjemahan dari kamera en hadi"
Dalam hati gua apa la dorang ni tu pun tak tau..., lalu gua angkat tangan dan jawap...
" gambar itu adalah cara kita berkomunikasi dan juga tempat meluahkan rasa"
Lalu en hadi cakap...
"tepat sekali pandai saudari yang hensem ni.."
Haaa gitu sekali genius gua kan kan..? caya ke cerita atas tu..? jangan caya wei sebab gua nipu hahahahahah..
Sebenarnya takda sorang pun jawap dengan betul..., so en hadi bagi la jawapan "gambar itu adalah cara kita berkomunikasi dan juga tempat meluahkan rasa"
Haaaaaa bila dengar jawapan dari dia ni, gua dah mula "horny" nak ilmu lebih dalam mengenai fotografi dari en hadi..
Ini bermaksud gua dah jatuh cinta dengan beliau hahahahaha
***********************************
Antara yang dia ajar dalam bengkel asas fotografi ni ialah
Cahaya
Yes penggunaan cahaya adalah amat penting dalam fotografi.., kalau gelap cantik ke gambar..? kalau cerah sangat cantik ke gambar..? kalau gelap adakah gambar buruk..? ha semua itu dia jawap dalam bengkel ni.., dan cara atasi apabila masalah cahaya ni.
Latar Belakang
Haaa bab latar belakang mesti ramai amik tak peduli yer dak..? macam gua sebelum ni.., ye la lantak la latar belakang apa janji muka kau ada kan.? hihi
Tapi jangan silap.., bila kita perlukan sesuatu gambar yang menarik ini, semua dititik beratkan.., kembali kepada maksud "apa itu gambar"
Senang paham eh hadi ajar kita cara nak amik latar belakang yang menarik dari pelbagai sudut.., dan dia ajar apa yang perlu ada dan tiada dalam latar belakang sesuatu gambar
Rule of Thirds
Yang tak biasa dalam bidang fotografi mesti bengong je dengar ayat "rule of thirds" yer dak..? jangan ingat korang seorang bengong..gua pun bengong pada mulanya.
Haaa natang atas ni la namaya rule of thirds.., nampak simple kan.? penting wooooo
Selain itu En Adhadi ada ajar benda penting dan kegunaan yang ada pada DSLR
- ISO
-APERTURE
- SPEED SHUTTER
3 benda ini en adhadi ajar cara setting dan pengguaannya...gua nak ajar dekat sini pun payah sebab kena praktikkan baru rasa stim dia camner hahahaa
Dalam bengkel Adhadi Mohd dia akan ajar teori dan juga praktikal itu yang menarik kan kan kan....
***********************************
So selepas semua paham teori yang diajar semua tak sabar nak praktikkan.., jom layan beberapa gambar yang ada
Ni antara contoh skil en adhadi tunjukkan...
(hasil gambar yang diambil)
Sini gua kongsikan beberapa gambar dari blogger yang hadir hasil dari ilmu yang telah dipelari
by Farah
by
Marby Yasmin
by
MarKalau korang nak tengok beberapa hasil gambar lain yang cantik dari rakan blogger lain..., korang boleh wusha di link Instagram
(klik)
***********************************
Haaa dari segala ilmu ini nampak je simple tapi kalau korang takda asas memang payah..., memang sangat meluas dan mendalam ilmu fotografi ni..
Korang yang nak join bengkel en Adhadi Mohd boleh roger dia di
www.adhadi.comAtau
Facebook :
www.facebook.com/adhadimohdIIIAtau
Instagram :
www.instagram.com/adhadi_mohd
Sebelum terlupa..., kalau korang yang jauh-jauh susah nak join kelas atau bengkel En Adhadi., korang boleh beli CD keluaran beliau..
Ada 3 CD keluaran beliau ..,semua lengkap ada dalam CD yang dia jual..., untuk ilmu fotografi korang boleh beli yang kaler hitau atas ni...,
Senang cerita korang boleh terus call atau whasapps dia : 013-317 3128 (en adhadi mohd)
tags : bengkel fotografi murah, bengkel fotografi adhadi, harga cd adhadi, bengkel fotografi malaysia