Quantcast
Channel: Erti Kehidupan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 325

Punca Lelaki Jadi Bujang Terlajak

$
0
0

Bujang Lapok 


Lelaki yang agak berumur tetapi masih belum berkawin masih ramai lagi yer dak..?? nak kata tak hensem tapi hensem... jadi kenapa la dorang tak kawin lagi..?

Agak sensetif gak benda ni.. hehe, gua ada gak la beberapa kawan yang kira dah agak lewat berkahwin..., kalau yang jenis ada awek tapi tak kawin lagi pun ada...selain faktor duit beberapa faktor lain lagi yang ada antaranya ialah :


1) Masih ingat awek lama

- Benda ni memang biasa jadi.... kekadang orang cakap macam bangang tetapi sikap individu ni kekadang memang kita pelik yer dak..? gua ada juga seorang kawan yang bila orang tanya alasan kenapa tak kawin lagi jawapan dia sebab ingat awek lama.. derm..!!!!

2) Gila permainan video dan kereta

Ini lagi satu masalah yang jadi dekat lelaki... bila dia dah melekat dekat suatu minat yang sangat mendalam memang dia tak kisah kalau takda awek.. lagi-lagi yang gila dengan kereta ni.

Duit habis banyak wo dengan kerena lagi kalau siapa yang join club kereta lagi la sebab penuh dengan aktiviti kalau join club kereta ni...gua dulu pun pernah terlibat..hehe..,

Ada lelaki ni dia lebih rela kawin dengan kereta ni sebab bagi seseorang layan perempuan ni leceh...(padahal dah pernah kecewa)

3) Terlalu mendesak dan memilih

- Sikap lelaki yang terlalu medesak ni sebenarnya gua pun tak paham kenapa.., kalau dia dah suka perempuan tu dia dah jadi macam gila bayang yang agak bangang..., cuba la kau letakkan diri kau dekat perempuan tu..., bila jumpa jer kau didesak macam-macam mesti la orang rimas yer dak..?

- Lagi satu yang terlalu memilih ni.., ini biasa jadi pada yang ada kedudukan ataupun bekerjaya..., bukan la takleh memilih dalam islam pun suruh pilih isteri yang baik..tetapi ni terlalu memilih..awek tu ada lesung pipit terus tanak..awek tu pakai minyak wangi tanak..awek tu saiz kasut dia 8 tanak...derm..!!!!!

4) Terlalu mengharap

- Lelaki yang terlalu mengharap ini ialah jenis yang nak tunggu perempuan ngorat dia dulu.., dia dah suka dengan perempuan tu tapi tah kenapa konfiden level dia tak tinggi nak pergi ngorat.., bro.."milo ais dekat kedai mamak kalau nak minum pun kene order dulu inikan pula hati wanita.." hehe

5) Takut dikecewakan

- Ini benda yang kira biasa jadi jugak..., jenis lelaki yang dah pernah kapel dengan beberapa wanita tetapi putus ditengah jalan... alololo cian dia.. hahahahaha, lelaki jenis macam ini sebenarnya jenis yang setia..tapi dia bercinta tak berjaya dan sering ditipu so dia dah malas fikir pasal perempuan.. kalau member2 tanya bila nak ada awek jawapan yang dah biasa ialah "malas la aku pikir"  ('',)


Ah.. gua rasa banyak lagi sebab kenapa lelaki tak kahwin... kalau korang rasa tau meh share... ('',) sebenarnya segala punca lelaki tak berkawin lagi ni berkait rapat dengan beberapa faktor..bila putus cinta main kereta...bila main kereta putus cinta...bila putus cinta takut dikecewakan...bila takut dikecewakan jadi terlalu memilih..ha gitu.. hahahaha

Kepada yang nak ngorat gua minta maaf ok sebab gua dah kahwin..hahahaha




************************

Sedikit peringatan buat kaum lelaki... hehe :

- Hensem dan cun takda dalam rukun nikah..('',)

- Muka berjerawat tak semestinya hati busuk, muka licin tak semestinya hati baik ('',)

- Lelaki boleh berubah disebabkan 2 "W" wang dan wanita  ('',)

- Tin MILO kalau lu tak bukak mcm mana lu nak buat milo ais.., macam tu juga dengan CINTA lu kena buka pintu hati dia baru la dapat CINTA dari dia..('',)

- Tak semua hati perempuan itu lembut...so jangan cuba2 menguji..nanti padan muka..(",)

- Orang perempuan ni bukan mcm mata pelajaran sains yang korang boleh nak ujikaji..(",)


Sekian...Peace (~_^)v

tags : kenapa lelaki lambat kahwin, kenapa lelaki bujang, punca lelaki tak kahwin, punca lelaki kahwin lambat, punca lelaki bujang tua


Viewing all articles
Browse latest Browse all 325