Baru - baru ni gua pergi bercuti ke Pulau Langkawi ... sebenarnya dah banyak kali pergi tapi sebab dapat pakej murah so pergi la Langkawi lagi.. hahaha.. tapi kali ini gua pergi Langkawi berbeza sedikit kenapa kejap lagi gua cerita ok..
Gua pergi Langkawi melalui pakej dari agensi Tareeq Al-Jannah.. kenapa gua pilih agensi ni salah satu sebab utamanya ialah Murah kalau salah satu yang lain sebab owner dia hensem.. hahahaha
Ok apa yang lain sedikit percutian gua ke Langkawi kali ini ialah gua pergi berdua jer dengan jantan pulak tu..hihi.., selain itu percutian kali ini gua pergi tempat tempat menarik di Langkawi yang mana sebelum ini gua tak pernah pergi seperti Island Hoping, Underwater World Langkawi, Pantai Cenang dan juga Kabel Car.
Gua pergi berdua bersama dengan blogger poyo bernama Aliff Cullen... hehe
***************
Underwater World Langkawi
Hari pertama pakej gua dia sediakan untuk kita orang pergi ke Underwater World Langkawi .., Apa yang ada dekat sini tengok pada nama mesti la korang dah tau yer dak..?
Opkos la banyak kepada hidupan laut... kalau korang ni kehidupan laut sah sah korang pun mesti ada dalam Underwater World ni.. hahahahahahahaha *ok tak lawak
Dalam banyak kali pergi ke Langkawi ni memang tempat ni gua tak masuk salah satunya mahal salah duanya ramai cakap takda apa..hihi
Hanga tiket untuk masuk ke Underwater World Langkawi ialah :
Ha harga untuk masuk ialah seperti digambar atas tu ok.., so kalau kau rakyat Malaysia harga dia murah RM10 berbanding edengan orang bukan Malaysia... Aaron Aziz dah jadi orang Malaysia so dia pun dapat murah RM10 hihi
Mahal kan kan kan..??? tapi ekceli dalam tu sebenarnya banyak hidupan dalam air yang korang tak dapat tengok live boleh tengok secara live..baru tahu macam mana indahnya ciptaan ALLAH haaa nampak cakap dah macam imam muda...
Bawah ni korang lawan la beberapa gambar dihidupan laut.....
Yang manusia tu hidupan tau...tapi dia bukan hidupan laut..!!!
Geng geng hidupan laut yang ganas.....
***********************
Island Hoping Langkawi
Apa yang menarik di sepanjang Island Hoping ini ialah pemandangannya... nak tau apa..?? jeng ...jeng .. jeng..!!!!!
Kalau untuk wanita pemandangan menariknya ialah..
~
~
~
~
~
~
~
TADA.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dan pemandangan menarik untuk lelaki pulak opkos la...
hahahahaa... jangan marah na.....
Sebenarnya Island Hoping Langkawi ni dia akan bawa kita ke beberapa tempat menarik seperti
- Pulau Dayang Bunting
- Eagle Feeding
- Pulau Beras Basah
Pulau Dayang Bunting
- Disini agak menarik kerana korang boleh lepak sambil tengok keindahan ciptaan Allah di tengah pulau ada tasik.., kita akan diberi masa satu jam untuk menikmati keindahan alam dan dinasihatkan kalau pergi Island Hoping jangan gatal2 pakai kasut...pergi pakai selipar je lagi bagus siap pakai untuk mandi
Sebab di Pulau Dayang Bunting ni ada tasik dan memang boleh mandi..kepada yang tak reti berenang dia ada sediakan life jaket..dan kalau takut gak boleh santai2 juntai2 kaki kenakan kaki dekat tasik tu..hehe
Gua pun tak mandi sebab tak reti berenang so juntai2 kaki je macam gambar awek dekat bawah ni.. hehe
Eagle Feeding Langkawi
- Selepas selesai di Pulau Dayang Bunting kita akan dibawa melihat burung helang secara dekat..seperti yang sedia maklum Langkawi memang terkenal dengan burung helang yer dak..?? jadi apa salahnya kita tengok sendiri dekat lebih dekat macam mana kehidupan burung helang ni
- Di Eagle Feeding ini kita kita akan tengok Burung Helang berterbangan betul-betul atas kepala kita... dan sekali sekala mereka akan sambar makanan di permukaan laut iaitu lemak ayam yang telah dicampak oleh abang-abang bot..
Masa yang diambil untuk tengok Burung Helang ni tak berapa lama sekitar dalam 15 minit sahaja...
Pulau Beras Basah
Di pulau basah ini kita diberi masa dalam sejam lebih... so boleh la korang nak merendek atau berenang sepuasnya... Kalau di pulau dayang bunting tadi tak sempat nak mandi kerana takut lemas.., jadi di sini la tempatnya untuk mandi sebab tak dalam..hahahaha
Nampak tu walaupun tak dalam tapi muka dan macam nak lemas dah gua... hahahaah . tapi lepas sini memang santai la..., dan jangan terkejut kalau nampak ada minah saleh bogel ok.. hahahahaha
Di pulau beras basah ni ramai orang sewa gogle ni untuk tengok anak ikan , tapi gua tak sewa sebab membazir jer..baik gua berenang hahaha
Owh diingatkan ok disini takda toilet so kalau nak kencing sila kencing dalam laut jer...hihi....
**************************
Kabel Car gua cerita dekat entri lain la...pajang la pulak
Apa-apa untuk pakej percutian boleh tengok di
Blog Tareeq
Dan
Facebook Tareeq
Sekian...Peace (~_^)v
p/s : hujung bulan ni pergi Langkawi lagi...tapi pergi sebab kerja derm..!!! oh LIMA
Kabel Car gua cerita dekat entri lain la...pajang la pulak
Apa-apa untuk pakej percutian boleh tengok di
Blog Tareeq
Dan
Facebook Tareeq
Semuanya telah diuruskan oleh Tareeq Al- Jannah Travel & Education. Perkhidmatan ini mungkin sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja. Jika merancang bercuti pada musim cuti persekolahan, gunalah servis agensi pelancongan seperti Tareeq Al Jannah untuk book tarikh yang korang suka. Tiket, hotel penginapan semuanya beres. Lebih mudah dan cepat!
p/s : hujung bulan ni pergi Langkawi lagi...tapi pergi sebab kerja derm..!!! oh LIMA
tags : pakej bercuti ke langkawi, pakej Langkawi, Island Hoping Langkawi , Harga tiket underwater world langkawi, Pakej Murah Langkawi, Travel Agen Langkawi,